Saturday, February 13, 2010
..yakin?
aku selalu cari jawapan untuk setiap persoalan itu tapi takde satu pun jawapan yang pasti. berbaloikah setiap apa yang dilakukan hampir setengah dekad ini? bersediakah untuk bahagian yang paling sensitif itu hancur berkecai sekali lagi? bersediakah untuk memberi semuanya pada yang tak pasti? ape sebenarnye bukti yang ada yang betul-betul yakin untuk setiap keputusan yang dibuat? apa sebenarnya yang dirasa? nafsu? keinginan? seberapa yakin kah apa yang dirasa seperti yang diclaim? atau itu cuma mainan perasaan yang menginginkan? yakin kah aku pada keputusan aku nanti? seberapa yakin kah aku pada yang satu itu? kadang-kadang semua ini menakutkan. betul. aku takut. sangat amat tak mahu hancur berkecai seperti debu lagi. payah nak kutip satu-satu nak sambung balik dan kembali seperti sedia kala dengan senyuman yang bukan dibuat-buat. aku bukan seperti mereka yang bisa melukiskan perasaan dengan kata-kata atau perkataan. aku lebih selesa kalau semua tersimpan kekal rapi di dalam. akhir ini semua macam kabur. makin banyak yang mengelirukan. aku macam hidup dalam denial. aku asyik cakap yang tiada apa-apa yang berubah. aku ignore setiap satu yang aku jumpa. tapi hakikatnya semua akan berubah biar pun sedikit. yang dah sah pun tak pasti tulisan masa depan mereka apa lagi aku yang masih tak pasti. ya Tuhan, tunjukkan aku. tabahkan aku kalau tulisanMu nanti bukan seperti yang aku mahu. bukan seperti yang aku lakar dalam perancangan masa depan nanti. tabahkan aku Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
babe, what is going on?
ReplyDeletenothing la fatin. its just some thinking. ouh u know how girl can be complicated sometime(or all the time). hehe.
ReplyDelete