Friday, October 29, 2010

Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi
berikan ketenangan dalam hatinya
kurniakan ya Allah kekuatan dan ketabahan dalam hatinya
semoga dipermudahkan semua urusannya

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya (2:286)

grief. that is normal. but dont forget to bounce back because that is what making someone success.

p/s: i will always be here for you through your ups and downs.

Saturday, October 23, 2010

  • pelajar adalah amanah
  • sila muhasabah kembali perjalanan hidup dan jejak semula impian yang tersorok di celah minda.
  • pilih satu sebab dan mulakan sekarang. bukan esok atau lusa.
  • jangan cuba justifikasi sesuatu yang kita lakukan atau dapat semata-mata untuk menenangkan diri.
  • sikit lagi. 1/8 lagi untuk kau melangkah dan menggapai salah satu daripada impian hidup. buat jantung hati di sana, bersabar ye? semoga dia diberikan sedikit ketabahan lagi.
  • ingat. jantung hati kau sedang menanti kau dengan sebuah kejayaan. untuk melengkapkan hidupnya kembali. ye. jantung hati aku adalah semangat aku selama ni.
  • the power of dream. bukan sekadar kata-kata kosong. fahami dan kau akan dapat rasakan betapa berkuasanya kata-kata itu.
  • dan aku telah limitkan diri bahawa aku tak punya pilihan lain melainkan menghabiskan sedikit lagi sisa-sisa perjalanan untuk satu babak dalam hidup aku dengan impian aku.

Friday, October 15, 2010

belum mampu untuk jatuh.
belum mampu untuk tewas.

cume harapan yang ada.
tabahkan aku Tuhan.

menerima semua tulisan Mu.
tetapkan aku tuhan untuk yakin dengan
semua keputusanMu yang terbaek untuk ku.

Saturday, October 9, 2010

tak perlu bandingkan apa yang kau ada dan dapat dengan apa yang orang lain ada dan dapat
kerana percaya la duhai hati sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kau dan apa yang kau perlukan.

harus bersyukur dengan setiap nikmat yang telah diberi.

alhamdulillah.

sabar is the keyword.

Tuesday, October 5, 2010

resolusi

perlukan sibukkan diri dengan kerja-kerja bermanfaat supaya fikiran-fikiran negatif tidak menghatui diri.

maafkan saya untuk tidak faham yang satu itu sebelum ini.
maafkan saya untuk bermasam muka.
saya akan cuba lebih faham selepas ini.
mungkin ini yang Tuhan ingin tunjukkan pada saya.
Isnt HE sweet?
yang itu masih terlalu susah.
 
Dear Diary Blogger Template