Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 14, 2010

..mahu lebih..

i keep on wanting more. seorang manusia itu memang tak pernah puas dan tamak. sudah diberi betis nak peha pulak. aku selalu bertanya soalan yang sama kepada yang satu itu. dan seperti dijangka jawapan yang aku dapat adalah seperti yang aku fikirkan dan aku dengar sebelum-sebelum ini. tapi aku macam tak putus harapan bertanya berulang-ulang kali dengan harapan aku akan dapat jawapan seperti yang aku mahukan. demand kan aku? bukan jawapan yang aku dapat itu buruk atau tak cukup baik cuma jawapan yang aku dapat dari yang satu itu bukan seperti yang aku mahukan. dah cukup baik dah jawapan yang aku dapat dari yang satu itu. tapi disebabkan aku seorang manusia, i keep on wanting more. aku mahu dipuja setinggi langit konon macam aku la yang terbaek di bumi ini or at least untuk yang satu itu. haha. ketawakan diri sendiri. manusia memang tamak dan mahu lebih. tapi kan kadang-kadang jawapan dari yang satu itu buat aku terfikir mahu meneroka apa lagi yang ada untuk aku di bumi tuhan yang besar ini. mungkin di bumi sebelah yang lain ada yang lagi baik untuk aku. seriously zue? aku rasa masalah aku ialah aku tak bersyukur dan tak berpuas hati dengan apa yang aku ada. maafkan aku Allah untuk penyakit hati ini. astaghfirullah.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template