Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 22, 2009

..masih sama..

mereka kata
makin lama makin senang
makin biasa
makin mudah menyesuaikan diri
tapi mungkin tidak bagi saya

rasa itu masih sama seperti dulu
masih terasa susah berjauhan dari mereka yang tersayang
masih rasa rindu yang sama
masih terasa tidak selamat seperti dulu
masih ragu-ragu dengan keputusan sendiri
masih terasa muda walaupun sebenarnya usia makin meningkat
masih kurang yakin pada diri
masih terasa ingin dimanja
masih terasa ingin dijaga oleh keluarga
masih ingin diberitahu mana yang betul dan mana yang salah
masih ingin mendengar mereka mengingatkan saya
masih ingin disuap bila makan
masih ingin bergaduh dengan abang-abang
masih mahu berkelakuan seperti anak-anak kecil
masih mahu diberi perhatian
masih mahu kehidupan diurus mereka
masih mahu mereka buat keputusan untuk saya

tapi saya tahu
saya patut jadi lebih matang
patut lebih tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk
patut tahu menguruskan hidup sendiri
patut tidak berkelakuan seperti anak-anak kecil
patut ada tujuan hidup
patut menyusun kehidupan
patut mampu memikul tanggungjawab sendiri
patut berkelakuan seperti orang dewasa
patut tahu buat keputusan sendiri

kadang-kadang,
saya ingin kekal kanak-kanak
tidak perlu memikirkan apa-apa
tidak perlu risaukan apa-apa
hanya perlu risau tentang permainan hari esok
tidak ada tanggungjawab yang perlu dipikul
hanya bermain dengan gembira
menangis apabila susah
tidak risau pandangan orang lain

kadang-kadang,
saya mahu pulang ke zaman kanak-kanak saya
tidak perlu jaga hati semua orang
hanya ingin gembira dan bermain sahaja

4 comments:

  1. masih terasa muda walaupon usia dah meningkat...
    btol btol btol...
    itu aku setuju bangat!!!!!
    hahhaahha
    [syndrom xmo tua]

    ReplyDelete
  2. manusia~bebas untuk merasa apa sahaja..
    moga hidup kamu sentiasa dilimpahi perasaan yang bahagia..:)

    ReplyDelete
  3. lynn: haha..nak buat camne :P

    Anon: terime kaseh untuk doa itu :)

    ReplyDelete
  4. ooo...bai..kamu pon de eh??
    ok2..nk link jgak la..

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template