ah,
saya gembira
betul saya tak tipu
bergelak ketawa seperti dunia kami yang punya
sambil makan berkotak-kotak pizza
dan berbatang-batang kentang goreng
juga cream puff yang gemuk dan sihat
dan tidak lupa juga kek keju kegemaran
yang sering memberikan saya perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila keju mencair di dalam mulut
sungguh saya tak tipu
kata-kata komersial KFC, sehingga menjilat jari
mungkin dapat menggambarkan sedikit sebanyak perasaan saya
ah,
tapi bukan itu sahaja faktor utama saya gembira
tapi mereka-mereka yang hadir yang menjadi faktor utama
mereka-mereka yang sentiasa ada kala orang yang disayangi semua berada jauh sekali
mereka-mereka semua kelihatan gembira hari ini
bergelak ketawa terbahak-bahak
seperti tidak betul lagaknya
dari bab yang sekecil zarah pun menjadi bahan gelak
cahaya-cahaya yang bersinar menambahkan lagi kegirangan hati kami
di mana sahaja ada cahaya itu
semua pun beriya-iya mempamerkan keputihan gigi masing-masing
seperti iklan ubat gigi sahaja lagaknya
tapi itu betul-betul buat saya gembira
ah,
terima kasih untuk hari ini
selepas ini mereka-mereka dan saya
akan sibuk mengejar cita-cita
mungkin selepas tuntutan dunia kami penuhi
akan kami akan berparti liar lagi
dan mungkin bergelak ketawa lebih dari tadi
ah,
saya doakan semoga semua akan berjaya
menjalani minggu-minggu mendatang dengan tenang
akan saya tunggu dengan sabar hari-hari
kita akan bergelak ketawa lagi
terima kasih rakan-rakan!
ouh,
terima kasih juga kepada chill berperisa cola
terasa segar menikmati kesejukannya pada malam hari
di musim bunga ini
:D
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment