Semoga aku yang akan menjadi bidadarimu di syurga nanti sayang.
Saturday, March 29, 2014
Rindu
I was reading too much on the successful stories. How about the failed ones? its been 1 year and we are still waiting. Remind me of the feeling of the number hurts me by day. Naa its not 100% true. The number also makes me happy for I am currently have a happy life with my sunshine. He is still my sunshine. Shine me brighter than ever when I am able to see him the first thing in the morning. The only thing that makes both of us sad every months is waiting for our little one to arrive. I just couldnt bare to see him sad like that every month. Ya Allah, give us strength and hope. Makes our love longer and stronger Ya Allah. Ada hikmah di setiap ujian dan dugaan.
Thursday, March 13, 2014
Kebas
Saya akan mulakan entry kali ni dengan Alhamdulillah aku bersyukur kepada Tuhan sekalian alam.
Dah lama tak menulis dalam blog ni dan saya yakin takda orang yang baca blog ni lagi dah (eleh perasan je kan macam la ada orang baca pun sebelum ni). Rasa macam banyak sangat yang perlu diluahkan. semalam saya baca balik entry saya yang lama. Selalunye kalau saya sedih saya akan tulis dalam blog ni tapi dengan cara sentiasa bersyukur dan mengingati setiap nikmat yang Allah dah bagi kat saya. Lately ni saya banyak sangat merungut dan membandingkan kehidupan dengan orang lain. Tapi saya sebenarnya tak ingat pun dah banyak dah nikmat yang Allah dah bagi kat saya selama saya hidup dah hampir 27 tahun ni (lagi 5 hari lagi hari jadi saya). Selama saya hidup dari kecil memang saya agak susah bukan macam minta je apa-apa dalam bentuk material akan terus dapat tapi sebenarnya lepas saya fikir dan ingat betul-betul apa-apa sahaja yang saya doakan pada Allah dia akan bagi. Saya ingat sejak dari kecil saya berdoa saya nak jadi pandai belajar sampai ke luar negara dan capai apa yang saya cita-cita kan. Semua saya dapat. Belajar di sekolah berasrama penuh lepas SPM buat persediaan selama 2 tahun lepas tu terus sambung belajar di Australia dan sekarang saya seorang pemegang ijazah dan seorang Pegawai Farmasi. Saya tak kata kehidupan saya sekarang mewah tapi Alhamdulillah pendapatan saya cukup untuk saya hidup senang di KL ni dan sekali lagi doa saya dimakbulkan sebab dari kecil saya berjanji dalam diri takkan benarkan mak saya yang dah selama ni bersusah payah kerja, duduk je rumah buat apa-apa dia nak tanpa perlu memikirkan pasal duit pun. Lepas dah bekerja, sekali lagi saya berdoa pada Allah diminta jodoh saya bersama orang yang saya pada masa itu sangat berharap jadi suami saya dimakbulkan dan seperti yang sebelum ni la Allah tak pernah mengecawakan saya. Saya berkahwin dengan orang yang saya harapkan. Saya bahagia. Tapi kita ni kan manusia tak pernah puas dan asyik la meminta-minta pada Dia walaupun kita ni ya Allah selalu je terlupa nak ingat Dia cuma akan menangis dan ingat dia bila susah dan sedih. Saya pun kan sebagai manusia minta la lagi supaya diberikan zuriat dan cahaya mata sebab iri hati je tengok orang lain bersama bayi-bayi comel. Doa saya dimakbulkan Allah tapi cuma sekejap Allah pinjamkan. Saya mengandung untuk 6 minggu lepas tu Allah tarik balik mungkin sebab diri ni tamak sangat sebab asyik minta je tapi apa yang Allah minta buat selalu je buat tak endah la lupa la sibuk la. Asyik la minta-minta tapi buat suruhan Allah acuh tak acuh je. Lepas tu kan dah setahun asyik la minta benda yang sama. Pastu hati ni macam jadi sakit dengki cemburu dan segala penyakit hati ada bila tengok orang lain ada baby comel. Kan sebenarnya Allah dah makbulkan pun walau sekejap. Kan? Pastu ade lagi incident yang tak berani lagi nak bagitau sapa-sapa walaupun dalam alam maya ni. Sekarang ni kan rasa hati macam numb x rasa apa-apa. Macam malas nak rasa apa-apa sebab macam tahu kalau biar je hati rasa mesti susah dah nak rawat. Tujuan sebenar entry ni sebenarnya nak ingatkan diri yang selama ni Allah x pernah pun abaikan atau tak makbulkan doa cuma kejap atau lambat je Allah nak makbulkan. Jadi hati sila la tabah sebab semua ni kan cuma ujian je dan yang paling penting Allah selalu je ada sebagai tempat mengadu yang paling best boleh nangis meraung2 pun Allah suka je kalau kita ada masalah kita cari dan berharap pada Dia. Bukan cerita kat facebook ke mana-mana mengharap simpati manusia yang bukan boleh makbulkan pun doa kau. Ni peringatan untuk diri sendiri tau. Terus dan tetap lah bergantung pada Allah sebab hanya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Ketenangan tu yang penting supaya kehidupan yang penuh dengan segala macam dugaan ni boleh diteruskan dengan tenang.
Panjangnya entry ni dan memang macam telus dari hati. Selalunya x tulis mcam ni pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)