Tuesday, October 13, 2009
..envy..
aku cemburu pada kehidupan itu. kehidupan yang aku rasekan cukup sempurna. aku mempersoalkan perbezaan kehidupan aku dan kau. aku mahukan itu. sungguh kehidupan mereka buat aku menangis. bukan sebab terlalu sedih. tapi kehidupan itu betul-betul menyentuh bahagian sensitif dalam segumpal daging ini yang mampu membuat aku menangis. ini bukan nangis yang main-main atau sekadar rase simpati. ini tangisan yang gembira campur cemburu yang aku tak mampu tahan-tahan lagi walaupun di hadapan khalayak ramai. sungguh aku cemburu kehidupan itu. bukan cemburu mahu hancurkan kehidupan kau tapi cemburu kerana aku mahukan kehidupan yang macam itu juga. kasih sayang yang macam itu juga. ketabahan yang macam itu juga. kebergantungan yang macam itu juga. isgtighfar sebentar kerana tiba-tiba rase tak bersyukur. takpela kawan, semoga kehidupan kamu kekal bahagia dan aku harap kehidupan aku akan bahagia juga seperti kau. aku doakan. doakan aku juga ya. sungguh aku mahukan kehidupan yang seperti kamu-kamu. tabahla hati. perancangan ALLAH untuk setiap umatNya adalah yang terbaek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment