Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat keluarga dan sahabat tercinta.

Tahun ni beraya kat Adelaide, mungkin yang terakhir
takpela Allah tahu yang terbaek.
tapi tapi rindu sambal udang mak dan makan beramai -ramai lepas sembahyang raya bersama family. riuh satu rumah pagi raya. takpe zue, insyaAllah tahun depan kalau ade kesempatan boleh beraya bersama mereka lagi.
yeay! tahun ni boleh pegi sembahyang sunat aidilfitri. eheh.

Maaf Zahir dan Batin everyone.

Wednesday, September 8, 2010

sob. sob.
mahu pulang ke pangkuan mereka
beraya bersama.

ramadhan dah sampai ke penghujungnya.
semoga segala amalan ditemima
yang memiliki kerajaan langit dan bumi

esok paper nutritions
doakan saya.

mode: homesick teramat.

Saturday, September 4, 2010

mahu terbang ke bumi tuhan di sebelah sana.
mahu bersama mereka yang dicintai.
mahu berada di tengah-tengah mereka dalam keadaan
yang paling sakai dan bodoh dan dungu dan serba kekurangan
tetapi masih rasa selamat, dipunyai, tak dihakimi dan takkan ditinggalkan.



ukhuwah itu bukan terletak pada petemuan
bukan pada manisnya ucapan di bibir
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya.

mode: rindu.
 
Dear Diary Blogger Template